Daging Special n Simple

Ramuan / Bahan

1 kg daging batang pinang
10 ulas bawang putih
2 cm halia
sedikit lada sulah 1 sudu makan rempah lima
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
gula,garam dan serbuk perasa.

Cara-cara

Potong daging menjadi 2-3 kepingan panjang. Masukkan kesemua bahan dalam periuk bersama 2 mangkuk air. Rebus daging selama 1 jam dengan api perlahan/sehingga daging empuk. Air hendaklah sentiasa ditambah sekiranya kering. Setelah masak,angkat daging dan potong nipis-nipis. Susun dalam pinggan dan tuangkan kuahnya diatas.