Daging Sos Tiram

Ramuan / Bahan

200 gm daging batang pinang
3 cm halia muda
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 biji telur
1 tangkai daun bawang 3 sudu besar minyak masak
150 ml air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng daging tetapi jangan sampai terlalu garing.

Masukkan bawang besar, bawang putih, air, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa.

Goreng selama lima minit kemudian masukkan pula sos tiram. Kacau seketika.

Masukkan pula campuran tepung jagung yang dibancuh dengan air.

Akhir sekali pecahkan telur tetapi jangan dikacau. Biar telur keras sedikit baru diangkat.