Daging Sos Limau

Ramuan / Bahan

300 gm daging lembu
½ cawan jus oren
½ cawan cendawan
2 sudu kecil tepung jagung
1 biji oren
2 ulas bawang putih
Sedikit garam dan gula pasir Bahan A (disatukan):

2 keping kulit limau mandarin (dihiris)
2 sudu besar jus halia
1 sudu besar jus oren
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak kacang
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil kicap pekat

Cara-cara

Daging dihiris nipis. Gaulkan dengan bahan A. Perapkan selama 15 minit.

Tumiskan bawang putih dan goreng daging hingga kekuningan. Ketepikan.

Masukkan cendawan, kicap cair, jus oren dan bancuhan tepung jagung. Apabila mendidih, masukkan hirisan kulit limau mandarin, gula dan garam.