Daging Sebuku

Ramuan / Bahan

500 gm daging (cincang/kisar)
2 keping roti (direndam dalam susu)
125 gm bawang besar cincang (digoreng)
2 batang sedang lobak merah (direbus &dipotong dadu)
1 camca garam 2 camca lada sulah
½ camca buah pala parut
Sedikit serbuk perasa
3 biji telur (dipukul sedikit, untuk membalut)


Bahan hiasan:
Daun salad
500 gm ubi kentang (direbus & dikupas kulitnya
2 camca susu
1 camca buah pala parut
garam & lada sulah secukup rasa
7 batang kacang panjang (dicelur)
1 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji tomato
masak (dibelah-belah)
90 gm kacang paas

Cara-cara

Satukan semua bahan roti & gaulkan rata-rata.Sesuaikan rasanya. Masukkan ke dalm sebuah kaserol yang telah bersapu minyak. Kukus hingga masak. Keluar & letakkan di atas pingan yang panas, Kemudian letakkan dalam sebuah ketuhar yang kecil apinya (300'f/150'c;dapur gas bertanda dua).Bakar hingga kuningnya.UNTUK MENGHIAS,Alas pingan hidangan dengan daun salad & letakkan roti itu di atasnya. Lecekkan ubi kentang & gaul rata-rata dengan mentega,susu buah pala & bahan perasa. Curahkan disekeliling roti.Letakkan lima batang kacang panjang,melintang diatas roti.Letakkan dua batang lagi secara memanjang. Tekan hujung-hujung kacang itu ke dalam ubi kentang yang telah dilecek.Gunakan bahan-bahan selebihnya untuk menhias mengikut suka. Hidang panas-panas.