Ramuan / Bahan

Bahan 1:
½ kilo daging lembu (hiris/potong tipis)
2 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan kicap cair(light soy)
1 sudu makan kicap hitam pekat(dark soy)
1 sudu makan sos ikan(thai)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan 2:
1 inci halia (hiris halus)
6 biji bawang putih (kisar)
3 sudu makan minyak (untuk menumis) Bahan 3 [Dibancuh bersama]:
1 kub/cube stok ayam (knorr/maggi)
1 sudu teh tepung jagung
2 gelas air(panas)

Bahan Sayuran:
kailan kecil (baby kailan) - 1 paket atau ikut selera
sedikit brokoli - patah kecil
1 batang lobak merah/carrot - Potong bulat
sedikit bunga kubis
Cendawan shitake (dibuang batang) - ikut selera
1 tin kecil cendawan butang

Cara-cara

1. Bahan sayuran dicelurkan ke dalam bekas/periuk air panas yang mendidih. Bubuhkan secubit garam sebelum mencelur. Sayuran yang telah dicelur perlu ditoskan ke dalam tapisan.

2. Gaulkan sebati Bahan 1 lalu biarkannya.

3. Panaskan minyak dikuali dan tumiskan Bahan 2 hingga harum.

4. Lalu masukkan Bahan 1 dan gaulkan dengan rata sehingga daging masak.

5. Apabila sudah masak dan kelihatan kering atau garing atau "naik minyak", tuangkan Bahan 3 yang telah dibancuh itu.

6. Kacau kesemuanya dan biarkan sehingga mendidih dan kelihatan pekat sedikit.

7. Tutupkan api.