Daging Sambal Sampoy

Ramuan / Bahan

Daging Lembu (ketulan) - 500gm
Kicap (utk rebusan)
garam dan gula secukup rasa Cili Boh - 4 sudu besar
bawang goreng
minyak - 2 sudu besar

Cara-cara

1. Rebus daging dgn air + kicap sehingga empuk.
2. Hiris daging tersebut nipis-nipis.
3. Air rebusan tadi, jgn dibuang.
4. Tumis cili boh dgn minyak.
5. Setelah cili masak dgn sempurna, masukkan daging yang telah dihiris tadi.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masukkan air rebusan daging tadi.
8. Kacau dan tunggu sehingga kering.
9. Akhir sekali, taburkan bawang goreng sebelum dipadamkan api, dan kacau buat kali terakhir.