Daging Pindang Kicap

Ramuan / Bahan

300 gm daging bercampur lemak
4 biji kentang
ΒΌ biji kubis
4 sudu besar kicap
1 sudu kecil gula
3 keping asam gelugur
Sedikit suhun halus
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau 6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 hiris halia
1 hiris lengkuas
Sedikit kayu manis
Daun sup
Daun bawang

Cara-cara

Daging dibersih & dipotong nipis-nipis. Kemudian direbus. Cili merah, cili hijau, bawang merah, bawang putih & halia dihiris halus. Kentang dibelah 4. Bila daging empuk, masukkan kentang & bahan-bahan yang dihiris, serai, lengkuas, kayu manis, asam gelugur, kicap, gula & garam. Masak sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan kubis & suhun. Biar mendidih 2 / 3 kali baru diangkat. Taburkan daun sup & daun bawang.