Daging Perca

Ramuan / Bahan

600 gm daging lembu
50 gm gula
400 ml minyak
4 biji cili merah 4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Cara-cara

Giling atau mesin cili, bawang merah dan bawang putih. Potong daging dan rebus bersama ramuan yang telah digiling hingga empuk. Masukkan garam, gula dan asam gelugur. Angkat dan ketepikan. Apabila daging telah sejuk, siat-siatkan mengikut uratnya. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging hingga kuning.