Daging Pengantin

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu
20 gm serbuk rempah kurma
3 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar puri tomato
2 sudu besar madu
1 tin besar susu cair
Sedikit air
Garam secukupnya
Sedikit serbuk perasa
30 gm gajus
30 gm bawang goreng
15 gm kismis Bahan-bahan dikisar:

100 gm bawang merah
100 gm cili hijau
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm halia
20 gm jintan manis
20 gm jintan putih

Cara-cara

Perap daging bersama bahan-bahan kisar dan serbuk rempah selama satu jam.

Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan daging perap, puri tomato, madu dan susu cair. Kacau sebati. Biar hingga empuk.

Jika kuah telalu pekat, masukkan sedikit air.

Setelah satu jam, baru masukkan garam, serbuk perasa, gajus, bawang goreng dan kismis.