Daging Pedas Bertomato

Ramuan / Bahan

500 gm daging (dihiris nipis)
10 gm bawang putih (dikisar)
5 gm serbuk kunyit
5 gm serbuk jintan putih
3 camca besar minyak masak
80 gm bawang besar (dicincang halus) 40 gm badam (dicelur dan dibuang kulit)
40 gm kismis
1 camca teh gula
50 gm bayam (dihiris)
200 gm tomato (didadu kasar)

Cara-cara

Perap daging bersama bawang putih, sedikit serbuk kunyit dan serbuk jintan putih selama 20 minit.

Panaskan secamca besar minyak di dalam kuali tidak melekat. Masukkan sedikit daging dan masak 1 - 2 minit. Angkat. Ulang hingga semua daging dimasak.

Panaskan baki minyak, tumis bawang besar, badam dan kismis 2 - 3 minit. Masukkan daging, baki serbuk kunyit, jintan putih dan gula. Masak lagi selama 2 minit.

Masukkan bayam dan tomato. Kacau selama 2 - 3 minit dan angkat. Hidangkan bersama nasi panas.