Daging Pedas

Ramuan / Bahan

370 gm daging (dibasuh & dipotong kecil)
100 gm cili kisar
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
1.5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih (ditumbuk & dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk & dikisar)
1 ½ cawan air
1.5 cm halia
¼ cawan minyak

Cara-cara

Rebus daging dengan air, halia yang ditumbuk, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kulit kayu manis. Biarkan hingga lembut & tinggal sedikit airnya. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar kacau hingga naik minyak. Masukkan daging bersama airnya, tuangkan kicap & sos tomato kacau hingga kering sedikit kuahnya. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang dipotong baji. Kacau sebentar hingga layu & hidangkan.