Daging Panggang Puncak Kasih

Ramuan / Bahan

1 kg daging batang pinang
100 gm hati ayam, dipotong kecil
100 gm hempedal, dipotong kecil
2 liter santan kelapa
150 gm bawang putih, dikisar
300 gm bawang besar, dikisar 200 gm air asam jawa
100 ml minyak masak
50 gm jintan putih, dikisar kering
25 gm lada hitam, dikisar kering
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Daging dibersihkan dan ditoskan. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehinga pecah minyak. Masukkan hati ayam dan hempedal kemudian kacau hingga masak. Masukkan sedikit air, garam dan gula, kacau hingga rata. Bila mendidih, angkat dan sejukkan. Lumurkan separuh daripada rempah yang dimasak tadi pada daging dan perap selama sejam sebelum dipanggang di dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 180 darjah. Untuk membuat kuah, satukan santan, air asam jawa dan baki rempah yang dimasak tadi dan jerang di atas api yang sederhana. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah pekat sedikit. Daging yang sudah dimasak dipotong kemudian tuangkan kuah ke atasnya sebelum dihidang.