Daging Panggang Prima

Ramuan / Bahan

4 keping daging lembu daripada bahagian pinggang (setiap keping seberat 400 gm)
80 ml jus oren (bahan perap)
1 sudu besar balsamic vinegar atau vinegar merah (bahan perap)
1 sudu besar bawang besar - dicincang halus (bahan perap) 1 sudu kecil halia - dicincang halus (bahan perap)
1 sudu besar rosemary segar - dicincang (bahan perap)
¼ sudu kecil garam (bahan perap)
¼ lada hitam - ditumbuk kasar (bahan perap)

Cara-cara

Lumurkan daging dengan kesemua bahan perap. Perapkan daging di dalam peti sejuk selama 2 hingga 4 jam. Panggang daging selama 12 hingga 15 minit atau sehingga masak. Angkat dan hidangkan.