Daging Panggang Masak Lemak Cili Api

Ramuan / Bahan

500 gm daging batang pinang
30 gm ubi kentang
10 gm bawang merah
10 gm cili padi
5 gm bawang putih
5 gm halia
5 gm kunyit hidup 5 gm buah keras
2 biji asam limau(ambil air)
1 biji kelapa(ambil santan)
2 batang serai
1 helai daun kunyit
2 sudu minyak masak

Cara-cara

Halia,bawang putih,serai & bawang merah ditumbuk,perap dgn daging yg telah dibahagikan kpd 4 bhgn.Panggang daging separuh masak.Cili padi,buah keras, serai,bawang merah & bawang putih ditumbuk.Tumiskan bahan2 tadi hingga terbit baunya.Masukkan perahan air limau serta santan & garam secukup rasa.
Daging panggang tadi dihiris & masukkan ke dlm kuah berserta ubi kentang. Masukkan daun kunyit,kacau hingga masak.