Daging Masak Pudina

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu (dipotong kecil dan nipis)
5 labu bawang besar (dicincang)
1 inci halia (dihiris)
5 tangkai daun ketumbar
4 camca besar serbuk kari daging
3 camca kecil cuka 1 cawan minyak
3 ulas bawang putih (dihiris)
6 tangkai daun pudina
6 biji tomato (dibuang biji dan dicincang)
½ camca kecil serbuk buah pelaga
4 camca besar tepung jagung

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng bawang cincang hingga kuning dan angkat. Tumis bawang putih, halia dan serbuk kari kemudian masukkan bawang yang telah digoreng, tomato, daun ketumbar, daun pudina, serbuk pelaga, cuka dan tepung jagung. Bila daging sudah empuk, masukkan garam secukup rasa dan hidangkan.