Daging Masak Pengantin

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan inti :
2 camca besar tepung jagung
3 camca besar air
1 camca besar mentega
1 biji bawang besar, dicincang
1 camca besar rempah kari daging
100 gm tomato, didadu
200 gm tauhu, dikisar
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya Bahan-bahan kulit :
4 camca besar tepung jagung
400 gm daging, dicincang
1 biji telur
2 camca besar susu segar
4 camca besar serbuk roti
1 camca besar sos Lea & Perrins
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
½ camca besar mentega

Cara-cara

Larutkan tepung jagung bersama air. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan rempah kari daging. Kacau hingga ia wangi. Masukkan tomato dan kacau lagi 2-3 minit. Akhir sekali masukkan tauhu, garam, serbuk lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga pekat. Sejukkan. Untuk membuatkan kulitnya pula, gaul tepung, daging, telur, susu, serbuk roti, sos Lea & Perrins, garam dan serbuk lada hitam hingga rata. Ratakan daging di atas kertas kalis minyak berukuran 23 cm x 33 cm. Letakkan inti di atas daging. Biar ada ruang keliling kertas selebar 2.5 cm. Gulung daging (seperti menggulung kek gulung). Sapu sedikit mentega pada permukaan daging gulung dan bakar 1 - 1 1/2 jam pada suhu 200'C.