Biskut Puteri Solo

Ramuan / Bahan

Bahan 1:
140 gm mentega
40 gm crisco
90 gm gula halus
1 biji kuning telur
½ sudu kecil garam

Bahan Hiasan:
Kepingan badam Bahan 2:
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar horlicks
30 gm badam serbuk

Bahan-bahan diayak sekali:
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung ubi
½ sudu kecil serbuk penaik

Cara-cara

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Putar Bahan 1 selama 5 minit. Campurkan kesemua Bahan 2, kemudian masukkan ke dalam Bahan 1, putar lagi selama 2 minit. Masukkan adunan ke dalam bekas, tutup dengan plastik dan simpan seketika di dalam peti sejuk selama 15 minit. Gunakan nozel yang sesuai, masukkan sedikit adunan, picit seperti bentuk sanggul. Cucukkan kepingan badam di atasnya. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 170C.