Daging Masak Padang

Ramuan / Bahan

1 kg daging
10 biji bawang merah atau 4 labu bawang besar
2 inci halia
½ cawan minyak 20 biji cili kering
20 ulas bawamg putih
1 camca besar gula
Garam secukup rasa

Cara-cara

Daging dibersihkan dan dihiris selebar 2 inci dan direbus dengan sedikit air. Setelah daging masak, toskan dan tumbuk supaya ianya nipis. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris kemudian digoreng. Cili kering dibuang bijinya dan dimesin hingga lumat. Panaskan minyak, tumiskan cili kemudian masukkan daging dan kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan gula, air rebusan daging dan garam secukup rasa. Setelah pekat, angkat dan masukkan bawang goreng, kacau hingga rata dan hidangkan.