Daging Masak Merah

Ramuan / Bahan

200 gm daging dihiris nipis-nipis
½ biji bawang besar di potong kecil-kecil
1 biji bawang besar di potong bulat-bulat
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
4 biji cili padi dibelah dua
2 ulas cili merah dihiris
Lada sulah
Segelas air
Garam


Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar yg telah didadu hingga layu dan garing.
Masukkan daging, sos tiram, sos cili, sos tomato, cili padi dan gaulkan dengan rata.
Masak diatas api sederhana agar rasanya sebati dgn daging. Masukkan air.
Apabila menggelegak dan pekat, masukkan garam, lada sulah dan bawang besar yg telah dipotong bulat-bulat.
Masukkan hirisan cili merah, gaul dan hidangkan.