Daging Masak Merah

Ramuan / Bahan

200 gm daging lembu
½ cawan air limau purut
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
8 biji cili merah
2 biji bawang besar (dimayang)
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
300 gm tomato puri
½ cawan minyak masak Bahan digiling lumat:

1 sudu teh jintan putih
20 ulas bawang merah
4 cm halia
Garam
Gula
1 sudu teh ketumbar
5 ulas bawang putih

Cara-cara

Daging lembu hendaklah digaulkan dengan garam, lada sulah dan air limau. Ketepikan selama 1/2 jam.

Panaskan minyak masak dan goreng bawang besar. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga garing.

Masukkan bahan yang digiling dan goreng sehingga naik bau. Masukkan daging, kacau dan biarkan api perlahan.

Tutup periuk, lima minit sekali buka dan kacau. Masukkan tomato puri dan biarkan ia mendidih selama 10 minit. Biarkan ia masak hingga naik minyak.

Masukkan cili merah, garam dan sedikit gula. Hias dengan daun ketumbar atau dun bawang.