Daging Masak Kicap

Ramuan / Bahan

1 kg daging
½ kg cili merah
6 biji bawang besar
Kicap
Cuka

Cara-cara

Daging dipotong lebar dan nipis.
Setelah daging ditoskan, rendamkan dengan cuka dan kicap selama 15 minit.

Cili merah dikisar.

Bawang besar dihiris.

Panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah daging yang telah direndam tadi dan setelah masak, ketepikan.
Tumis cili merah yang dikisar tadi hingga betul-betul masak dan masukkan kicap. Kemudian masukkan pula bawang besar.

Masukkan pula daging tadi dan kacau sebentar supaya serata dan bolehlah dihidang.