Daging Masak Kicap

Ramuan / Bahan

A. 3 ulas bawang merah
B. 3 ulas bawang putih
C. 3 batang serai
D. Sedikit kicap pekat manis
E. sedikit garam
F. setengah kilo daging

Kesemua bahagian A,B & C hendaklah dikisar terlebih dahulu sehingga hancur.

Cara-cara

Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.

Selepas itu masukkan daging sehingga daging tersebut empuk. Kemudian masukkan kicap pekat manis tadi dan sedikit garam.

Biarkan ia mendidih sebentar dan bolehlah dihidangkan.