Daging Masak Kari Kering

Ramuan / Bahan

500 gm daging lembu
ΒΌ cawan kicap manis
2 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar sos barbeku
2 sudu besar madu
2 sudu besar serbuk kari
2 ulas bawang putih dimayang
4 ulas bawang merah dimayang
2 cm halia dihiris
Satu sudu besar cili kisar
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit gula dan bahan perisa.
Garam secukup rasa.
Mentega untuk sapuan.

Cara-cara

Perap daging bersama kicap manis, serbuk lada putih, sos barbeku, madu dan serbuk kari.
Panaskan pan dan sapukan mentega, kemudian panggang daging dengan api yang sederhana.
Panaskan kuali. Masukkan cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumis hingga baunya naik.
Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik bau. Setelah itu masukkan garam dan gula.
Setelah agak masak, masukkan daging tadi dan gaulkan sama rata.
Siap untuk di hidang bersama nasi panas.