Daging Masak Jintan

Ramuan / Bahan

600 gm daging
2 biji tomato yang masak
2 biji bawang besar
1 ½ tin air
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Minyak untuk menumis
1 sudu kecil jintan manis 3 sudu kecil ketumbar
½ sudu kecil jintan putih
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
10 tangkai cili kering
Garam secukup rasa

Cara-cara

Daging dibersih & dipotong ikut suka hati. Jintan manis, jintan putih, ketumbar, cili, cengkih, buah pelaga, kayu manis digiling halus & lepas itu digaul dengan daging. Tomato dicincang halus. Bawang besar dipotong bulat. Bawang putih & bawang merah dimayang halus. Pijar minyak di dalam periuk kemudian tumis bawang-bawang yang dimayang tadi hingga kuning. Masukkan daging & ditutup sekejap. Kecilkan api. Bila air daging sudah kering, masukkan tomato & sedikit air. Masaklah di atas api sederhana sehingga daging empuk. Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau hingga bawang itu layu baru diangkat & dihidangkan.