Daging Masak Asam Tumis

Ramuan / Bahan

250 ml minyak
1kg daging dan tulang rawang dicuci dan ditoskan

Bahan-bahan Rempah:
(Bahan dikisar halus)

15 tangkai cili kering
2 batang serai
6cm halia
4cm lengkuas
2cm kunyit hidup
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
4 sudu pati asam jawa




Air secukupnya untuk merebus daging dan tulang
Garam secukup rasa
Sedikit belacan jika suka
2 helai daun limau purut

Cara-cara

Rebus daging dan tulang rawan sampai embuk.

Tumis bahan kisar, belacan sampai rempah masak dan masukkan daun limau purut, kacau dan remehkan seketika.

Masukkan rebusan daging dan tulang rawan bersama air rebusan.

Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa.

Remeh sampai masak air dan hidangkan.