Biskut Oat Kismis

Ramuan / Bahan

1 camca teh esen vanila
200 gm gula perang
110 gm gula kastor
2 biji telur
125 gm mentega 260 gm tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
135 bijirin gandum (oat)
85 gm kismis, dicincang

Cara-cara

Masukkan esen vanila, gula, gula perang dan telur ke dalam mangkuk. Menggunakan pengadun elektrik, pukul pada kelajuan sederhana hingga adunan sebati. Masukkan mentega, tepung gandum, soda bikarbonat. oat dan kismis. Daul semua bahan hingga ia sebati. Sapu sedikit mentega pada talam bakar. Gunakan camca besar untuk membentuk biskut di dalam talam bakar. Bakar 12 minit pada suhu sederhana panas. Setelah masak, biar ia sejuk sebelum dikeluarkan daripada ketuhar. Hidangkan.