Daging Masak Arab

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu, dipotong nipis-nipis
4 camca besar minyak masak
6 biji bawang merah, dihiris halus
6 ulas bawang putih, dihiris halus
1,000 ml santan
50 g puri tomato
1 camca teh garam
5 biji tomato, digiling lumat 300 g bawang merah, digiling lumat
100 g bijan, digiling lumat
½ camca teh jintan putih, digiling lumat
½ camca teh jintan manis, digiling lumat
½ camca teh serbuk lada sulah, digiling lumat
1 cm halia, digiling lumat
2 cm kunyit hidup, dihiris nipis

Cara-cara

Perap daging bersama bahan giling di dalam mangkuk, sejam. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang merah bersama bawang putih hingga ia terbit bau. Masukkan daging perap, goreng di atas api sederhana hingga kering airnya. Tuang santan, biar ia mendidih perlahan-lahan sambil dikacau selalu hingga ia pekat dan daging empuk. Kemudian masukkan puri tomato, biar hingga ia mendidih, lima minit sambil dikacau selalu. Masukkan garam.