Daging Lembu Bakar Berlada Hitam

Ramuan / Bahan

800 g daging lembu, kepingan
2 camca besar serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk kari daging
1 camca teh serbuk cili
1 camca besar lada hitam, ditumbuk
Garam secukup rasa
4 tangkai cili kering, dipotong-potong 2 cm 2 tangkai daun kari
500 g ubi kentang baru, rebus bersama kulitnya
50 g Windmill Gheeblend
1 biji bawang besar, dikisar
4 ulas bawang putih, dikisar
2 cm halia, dikisar
1 biji cili merah, dikisar

Cara-cara

Perap daging lembu bersama semua rempah kering termasuk cili kering dan daun kari, bahan kisar serta garam. Biarkan semalaman. Panaskan kuali bersama Windmill Gheeblend dan goreng daging supaya air daging diserap keluar. Pindahkan daging bersama airnya ke dalam bekas tahan panas untuk dibakar. Letakkan juga ubi kentang yang telah direbus dan bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan hingga 180'C, 25 minit. Hiris daging menjadi kepingan-kepingan nipis. Gunakan air daging tadi sebagai kuah atau tuangkan pada ubi kentang dan daging yang telah dipotong. Hidang bersama timun.