Daging Ketuk

Ramuan / Bahan

½ kg Daging
2 biji telur
2 sudu Sos tiram
1 biji Bawang Besar dipotong dadu
1 Sudu serbuk kari
Tepung Jagung secukupnya
Sedikit Daun sup
Garam secukup rasa

Cara-cara

Daging dipotong nipis dan direbus sehingga empuk. Kemudian daging ditumbuk satu persatu (tumbuk sehingga nipis supaya tidak liat setelah digoreng).Kemudian gaulkan daging dengan telur, sos tiram,bawang yang telah dipotong dadu, serbuk kari, daun sup dan garam. Panas kan minyak, kemudian goreng daging sehingga kekuningan.