Daging Kesuma

Ramuan / Bahan

600 gm daging lembu
2 sudu besar minyak
2 sudu besar ketumbar
4 cawan santan
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu teh lada putih ¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
2 batang serai
2 labu bawang besar
3 biji cili hidup
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging 2 cm persegi dan setebal 1 cm. Belah empat cili hidup. Ketuk serai. Lereng bawang besar. Tumbuk atau mesin ketumbar, lada putih, jintan manis dan jintan putih. Gaul daging bersama rempah. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan daging bersama rempah. Masukkan serai dan bawang besar. Masak hingga empuk. Masukkan santan dan masak hingga pekat. Sebelum diangkat masukkan air asam jawa dan cili hidup.