Daging Kering Bertali

Ramuan / Bahan

500 gm daging batang pinang
2 camca besar serbuk kari daging
1 ½ biji kelapa, diambil santan
½ cawan air asam
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk perasa Bahan-bahan untuk dikisar:
15 tangkai cicli kering
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
2.5 sm halia
2 sm lengkuas

Cara-cara

Daging direbus dan disiat-siat memanjang seperti tali. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serbuk kari sehingga wangi. Masukkan santan. Kacau hingga rata. Apabila mendidih masukkan daging siat, gula, garam dan air asam. Kacau lagi hingga kering dan berminyak.