Daging Kecap Pekat

Ramuan / Bahan

Minyak Masak
Bawang dikisar secukupnya
Halia dikisar secukupnya
Lada dikisar secukupnya
Daging dipotong-potong kecil
Kecap masin
Sedikit garam
Tepung Jagung

Cara-cara

Masukkan minyak masak. apabila minyak masak panas, masukkan bawang. Kemudian, Halia dan Lada yang telah dikisar. Selepas itu, masukkan daging yang telah dipotong kecil-kecil. Kemudian, masukkan kecap masin sehingga daging itu semuanya disaluti kecap. Kemudian, masukkan garam. Akhir sekali, masukkan tepung jagung sehingga airnya menjadi pekat. Jangan masukkan air. Kecilkan apinya. Tunggu sehingga dagingnya masak dan hidangkan mengikut citarasa anda.