Daging Kambing Yoghurt

Ramuan / Bahan

4 batang kayu manis
3 ulas bunga lawang
5 biji buah pelaga
50 gm bawang besar
30 gm halia
30 gm bawang putih
2 kg daging kambing
40 gm tomato puri
40 gm cili kering 60 gm serbuk ketumbar
50 gm serbuk jintan putih
60 gm serbuk kaskas
40 gm serbuk lada putih
60 gm serbuk kunyit
80 gm lobak merah
250 gm ubi kentang
100 gm yoghurt
20 gm kacang peas

Cara-cara

Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumiskan pula bawang dan halia. Tunggu sehingga naik bau. Campurkan mutton dan tunggu sehingga masak atau lembut. Masukkan pula tomato puri, cili kering, lobak merah dan ubi kentang. Kacau hingga rata. Setelah itu masukkan pula rempah, kacau hingga naik minyak. Kemudian campurkan yoghurt pula dan kacau sehingga masak. Akhir sekali masukkan pula kacang peas dan hidangkan.