Daging Kambing Panggang

Ramuan / Bahan

700 gm daging kambing (buang lemak)
5 gm daun herba Rosemary segar
20 gm mentega herba
20 gm mentega bawang putih 20 gm bawang merah (dicincang)
5 gm garam
5 gm serbuk lada hitam
20 ml minyak zaitun

Cara-cara

Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 450'C. Satukan semua bahan di atas kemudian gaulkan pada daging. Susun di atas rak besi & panggang selama 25 minit. Pastikan daging diterbalikkan selepas 15 minit.