Biskut Oat Kacang Tanpa Bakar

Ramuan / Bahan

500 gm gula
3 camca besar serbuk koko
125 ml susu segar
125 gm mentega
Secubit garam 3 cawan oat segera
½ cawan mentega kacang
Sedikit vanila
Coklat putih (untuk hiasan)
3 cawan air (untuk menjerang coklat)

Cara-cara

Masak gula, serbuk koko, susu, mentega dan garam di atas api sederhana selama seminit.

Campur oat, mentega kacang dan vanila. Kacau rata.

Cedok adunan sedikit demi sedikit dengan anggaran sebesar syiling 20 sen. Susun di atas kertas berlilin dan biarkan sejuk.

Cairkan coklat putih menggunakan teknik periuk bertingkat. Hiaskan coklat putih pada biskut setelah ia sejuk.