Daging Kambing Opor Kuning Bersantan

Ramuan / Bahan

125 ml minyak masak
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
100 gm serbuk kurma
50 gm serbuk kari daging
3 cm belacan
100 gm buah keras, ditumbuk 2 batang serai
2 helai daun limau purut
1 camca teh serbuk kunyit
5 sudu besar pes cili
5 kg daging kambing
750 ml santan
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang merah bersama bawang putih dan juga halia hingga garing.

Masukkan serbuk rempah kurma bersama serbuk kari, biar hingga terbit minyak.

Masukkan belacan bersama buah keras, serai, daun limau purut dan pes cili. Biar sebentar.

Kemudian masukkan daging kambing bersama santan, garam dan gula. Kacau hingga kuah mendidih dan pekat.