Daging Kambing Maisor

Ramuan / Bahan

600 gm daging kambing atau ayam
2.5 cm halia
4 sudu besar minyak
1 sudu besar kaskas
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih 1 gelas air
6 ulas bawang putih
6 labu bawang merah
1 labu bawang besar
10 biji cili kering
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong daging 2 cm x 2 cm dan setebal 1 cm. Bersih dan toskan. Tumbuk atau mesin kaskas, jintan manis, jintan putih, halia dan bawang putih. Tumbuk atau mesin cili berasingan. Mayang bawang merah dan bawang besar. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng bawang merah. Masukkan kaskas, cili dan lain-lain. Masukkan daging dengan air. Masukkan bawang besar yang dimayang dan garam secukup rasa. Kacau hingga daging empuk dan kuah pekat seperti rendang.