Daging Kambing Goreng Berserai

Ramuan / Bahan

200 gm daging kambing Australia, didadu 2cm x 2cm x 2m
5 batang serai, dihiris halus
2 cm lengkuas, dihiris halus
3 biji bawang besar, dicincang halus 2 ulas bawang putih, dicincang halus
Sedikit gula
½ cawan minyak masak
Sedikit garam dan serbuk lada sulah

Cara-cara

Perap daging 3 jam bersama serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan gula. Simpan di dalam peti sejuk. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging kambing tadi hingga empuk dan garing. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Angkat, hias dan hidangkan.