Daging Goreng Utara

Ramuan / Bahan

300 gm daging
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
¼ biji nanas (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 tangkai cili hijau
½ botol sos tomato
½ cawan air
3 sudu besar tepung jagung 1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil bikarbonat of soda
2 labu bawang besar
3 batang cili merah
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara

Daging dipotong kecil. Gaul daging dengan gula, bikarbonat, garam & tepung jagung. Goreng daging hingga rangup. Ketepikan. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, lobak, tomato & nanas. Masukkan sos tomato, kacau lagi. Akhir sekali masukkan 1/2 cawan air & kicap cair diikuti dengan daging. Hidangkan & hiaskan.