Daging Goreng Sos Tiram

Ramuan / Bahan

600 gm daging
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada sulah
Sedikit gula
½ cawan minyak sayuran 2 cawan air
3 inci halia dihiris nipis
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia, lada sulah, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.
Masukkan air, biarkan sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan sos tiram.
Masukkan daging dan masak sehingga pekat.