Daging Goreng Masam Manis

Ramuan / Bahan

½ kilo daging (potong nipis)
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Minyak untuk menumis
10 tangkai cili kering
2 batang serai
Sedikit kicap, sos cili,garam dan gula

Cara-cara

Goreng daging hingga empuk.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan serai.

Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan kicap, sos cili, gula dan juga garam.

Akhir sekali, masukkan daging yang telah digoreng.