Daging Goreng Manis

Ramuan / Bahan

300 gm daging batang pinang, dipotong kecil-kecil
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 camca sedang kicap manis
½ cawan minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya Bahan-bahan digiling lumat:
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
1 sm halia
Sedikit belacan

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan daging dan goreng garing. Masukkan bahan-bahan giling. Kacau hingga sebati. Apabila garing masukkan kicap, garam dan gula. Kacau lagi. Masukkan bawang besar. Kacau hingga rata dan angkat.