Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Ramuan / Bahan

Daging (dihiris halus)
Lada hitam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia

Kesemua bahan di tumbuk.
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Bahan perasa

* Sukatan bahan2 adalah mengikut jumlah daging yg digunakan & mengikut agakan puan-puan sendiri.

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)

Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk.

Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar.