Daging Goreng Halia

Ramuan / Bahan

500 gm daging - dihiris nipis
3 ulas bawang - dimayang
3 cm halia - dimayang
1 labu bawang besar - dibelah empat
1 biji lada benggala - dipotong kiub 5 sudu sos tiram
Daun bawang - dipotong 1 inci
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara

Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau. Masukkan sos tiram daging, masak hingga daging lembut. Masukkan lada benggala, sesuaikan rasa dan biarkan seketika di atas api sebelum diangkat. Hiaskan dengan daun bawang sebelum dihidang.