Daging Goreng Cepat & Senang

Ramuan / Bahan

500gm daging (dipotong)
air (untuk merebus daging)
1 sudu besar serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
Dihiris:
1 labu bawang besar
2 batang cili merah

Cara-cara

Didihkan air dalam air. Letakan daging yang dipotong dan tambahkan garam secukup rasa.
Biarkan ia mendidih sehingga air rebusan daging hampir kering (apabila air rebusan kurang dari 1/4)
Masukkan serbuk kunyit dan kacau hingga sebati.
Kemudian tuangkan minyak masak dan gaul hingga daging garing sedikit.
Kemudian tambahkan hirisan bawang besar dan cili merah tadi. Gaulkan kesemuanya dalam masa 1-2 minit.
Angkat & hidang.