Daging Goreng Bersayur

Ramuan / Bahan

500 gm daging (hiris nipis)
4 sudu besar kacang pis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk lada sulah
½ sudu kecil sos soya
2 sudu besar minyak masak
250 ml air
1 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang) Bahan Hiris:
10 batang kacang buncis
1 batang saderi
1 biji cili benggala hijau
1 biji cili benggala merah
1 biji lobak

Cara-cara

Perapkan daging dengan sedikit tepung jagung, sos soya & serbuk lada sulah. Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan sayur-sayuran & daging. Tumis lebih kurang 3 minit. Masukkan pula sos tiram & serbuk lada sulah. Setel;ah dikacau sebati barulah dimasukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Akhir sekali barulah dimasukkan kacang pis. Kacau seketika & angkat.