Biskut Oat dan Kacang

Ramuan / Bahan

125 gm mentega
120 gm gula halus
250 gm tepung
130 gm Quaker Oats 1 biji telur
100 gm mentega kacang
125 gm kacang (dipanggang dan cincang kasar)
1 sudu teh vanila

Cara-cara

Panaskan dulu ketuhar 375C atau gas tanda 5. Campur mentega dan gula. Masukkan tepung, oat, mentega kacang, telur dan vanila. Gaul rata. Bentuk adunan sesuka hati dan salutkan dengan mentega kacang. Atur atas talam pembakar. Bakar sehingga nampak kecoklatan kira-kira 20 - 25 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.