Daging Cincang Masak Lemak

Ramuan / Bahan

500 gm daging lembu kisar/cincang
1 camca minyak makan
300 ml air mendidih



Bahan Tumbuk:
1.2 cm legkuas
½ ketumbar (direndang)
1 camca lada sulah
1.2 cm kiub belacan (dibakar) Garam secukup rasa
3-4 helai daun limau purut
Santan dari ½ biji kelapa


4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 batang lada merah
5 cm serai (dihiris)

Cara-cara

Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumis. Angkat dari api & ketepikan.Masukkan garam kedalam air mendidih & teruskan mendidih dengan kuat. Masukkan daging cincang rebuslah selama 5 minit. Masukkan pula campuran yang telah digoreng & daun limau purut. Kecilkan api dan didihkan perlahan-lahan selama 10-15 minit. Apabila ia hampir kering, tapiskan santan ke dalamnya dan sesuaikan rasanya. Masaklah atas api yang sangat kecil selama 3-5 minit, dengan tidak berhenti-henti mengacaunya. Angkat dari api. Buangkan daun limau purut. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih, roti atau mi dan masakan-masakan lain.