Daging Cincang Lada Hitam Su

Ramuan / Bahan

3 Ulas Bawang Merah (Dimayang)
2 Ulas Bawang Putih (Dimayang)
3 Sudu SOs Cili
1 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Kicap
Garam
Sedikit Serbuk Perasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis Bahan Perap:
2 Cawan daging yang telah dicincang halus
3 Sudu Serbuk Lada Hitam
1 Sudu Serbuk Lada Putih

Cara-cara

Daging diperap bersama serbuk lada hitam dan putih dan diketepikan. Kemudian panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang, setelah naik bau, masukkan daging yang telah diperap dan sedikit air, sos cili,sos tiram, kicap garam dan serbuk perasa. Ratakan diatas api dan biarkan air daging itu sedikit kering dan siap dihidang.