Daging Cincang Goreng Berbendir

Ramuan / Bahan

4 ulas bawang putih
6 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 camca teh belacan
4 sudu besar minyak sayuran 250 gm daging cincang
300 gm bendir
1 biji lada Benggala
2 sudu besar kicap cair
1 camca teh gula

Cara-cara

Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, cili merah dan belacan.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging cincang.

Masukkan bendir, lada Benggala, kicap cair dan gula. Goreng hingga sayuran masak.